Join The Community

Premium WordPress Themes

Tuesday, January 25, 2011

Minuman Tenaga Batin Beracun...Awas Wahai Orang Muda


KUALA LUMPUR: Tidak ubah seperti menjual racun apabila Bahagian Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) membongkar sejenis produk minuman ‘tenaga batin’ edaran sebuah syarikat kosmetik terkenal yang dikesan dicampurkan dua jenis kimia berbahaya sekali gus.

Racun kimia analog berkenaan yang dipercayai diseludup dari Taiwan dianggap berbahaya berikutan boleh merosakkan sel saraf tubuh selain meragut nyawa pengguna dalam tempoh singkat.

Tindakan sebuah syarikat memasarkan produk minuman kesihatan berbahaya itu terbongkar selepas pihak penguat kuasa farmasi merampas kira-kira 2,000 botol produk itu bernilai lebih RM100,000.

Dalam operasi kira-kira jam 11 pagi semalam, sepasukan 30 pegawai penguat kuasa farmasi diketuai Ketua Penolong Pengarah Kanan Penguat Kuasa Farmasi KKM, Dali Ismail bertindak menyerbu lima premis yang menjual produk itu di Chow Kit, di sini.

Operasi itu dilakukan bertujuan merampas dua jenis produk kesihatan berbahaya yang diedarkan sebuah syarikat kosmetik terkenal beribu pejabat di kawasan berkenaan.

Jurucakap Bahagian Farmasi berkata, pihaknya sebelum ini melakukan siasatan terhadap produk minuman kesihatan lelaki milik syarikat itu yang didakwa boleh meningkatkan daya rangsangan seksual.

Menurutnya, pengedar produk minuman berharga RM50 sebotol itu bagaimanapun cuba mengaburi pengguna dengan mendakwa cecair berkenaan dihasilkan 100 peratus herba dan rempah terpilih.

“Namun rahsia ramuan istimewa berkenaan adalah palsu selepas produk itu dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisis. Hasil ujian makmal, pihak KKM mendapati minuman itu mengandungi kimia Hydroxythiohomosildenafil dan Thiosildenafil.

“Kimia sintetik itu jauh berbahaya berbanding kimia sildenafil di dalam produk Viagra berikutan ia mampu merosakkan sistem tubuh dengan lebih cepat termasuk mengakibatkan kematian mengejut,” katanya.

Katanya, syarikat sama turut dikesan mengedarkan sejenis minuman kesihatan yang didakwa mampu membakar lemak serta menguruskan tubuh dalam tempoh pantas.

“Pemeriksaan Jabatan Kimia dilakukan di Pulau Pinang mendapati produk minuman kesihatan itu dicampurkan kimia berbahaya analog Sibutramine yang dikategorikan sebagai racun berjadual,” katanya.

Nota: Macam-macam orang buat untuk kaut untung cepat tapi janganlah sampai meragut nyawa manusia pula.

Thursday, January 20, 2011

Mee Segera: Sedap? Berbahaya, Banyak Kesan Buruk..Tetapi Kenapa Ramai Orang Masih Menjamahnya?


10 Ramuan Berbahaya Dalam Mee Segera

Sedarkah anda mee segera mengandungi bahan berikut dalam ramuannya. Anda turut mengambilnya bersama dengan mee segera anda.

Kalsium Sulfat: Kapur Paris.

Asid Tartarik: Bahan kimia yang digunakan dalam julap dan untuk memutihkan cermin. Lebih beracun berbanding 100% alkohol tulen.

Kalsium Oksida: Digunakan rawatan sisa buangan dan dalam racun serangga.

Tertiary Butylhydroxyquinone (TBHQ): Produk berasaskan petroleum; satu bentuk butane (cecair dalam pemetik api).

BHT: Risiko karsinogen dan kesan berbahaya kepada ginjal.

Propyl Gallate: Satu xenoestrogen (sebatian seperti hormon). Boleh memberikan kesan sampingan kepada pembiakan, perkembangan janin yang sihat dan menghalang pengeluaran sperma

Pentasodium triphosphate: Bahan pencuci paling berkuasa (sering digunakan dalam bahan cuci), bahan samak untuk kulit; juga digunakan dalam pengeluaran kertas, penapisan petroleum, aplikasi lombong dan rawatan air.

Propylene Glycol: Pelarut sintetik yang dianggap racun neurologi. Digunakan untuk pembuatan bahan pendingin, antibeku automotif, cecair yang berfungsi dalam tekanan hidraulik dan sebagainya. Jumlah berlebihan yang diambil boleh membawa kepada kerosakan buah pinggang.

Polydimethylsiloxane: Digunakan dalam kanta sentuh, syampu (untuk menjadikan rambut berkilat dan licin), minyak pelincir dan jubin tahan panas.

Pewarna tiruan (contohnya: Sunset Yellow FCF dan Tartrazine): Menyumbang kepada hiperaktiviti dalam kalangan kanak-kanak; mungkin turut menyumbang kepada gangguan visual dan pembelajaran, kerosakan saraf; mungkin menjadi penyebab kanser.
Sumber: Utusan Pengguna.(CAP)

Yang tengah hot sekarang ni ialah Mee Sedaaap (berapa banyak aaa daa..). Sedap sangat ke? Sebelum jamah tu, ingat-ingatlah jantung dan buah pinggang anda. Ada ke cukup duit nak ganti bila dah rosak nanti. Beringat sebelum KENA!

Wednesday, January 5, 2011

Tudung Akhir Zaman...Moden Tapi Mengundang Bahana!

Hentikan Fesyen Lucah Ini. No more LEGGING!

Jauhilah Pemakaian Tudung Dengan Menampakkan Bentuk Leher

Larangi kaum wanita kita dari memakai sanggul begini.
Tak kisahlah Tudung Fareeda ke Tudung Syria ke Tudung Ariani ke Tudung Qaisara ke Tudung Wardina ke Tudung Waheeda ke, aurat kena jaga sebetul-betulnya.

RAMAI MASIH BELUM MENGETAHUINYA, JADI SAMPAIKANLAH KEPADA MEREKA...

Agenda Kafir Laknatullah untuk menyesatkan wanita Islam..Adakah ini suatu kebetulan?Ini sememangnya agenda Kristian yang amat KURANG AJAR untuk menjahanamkan umat Islam..Mungkin ramai di antara kita yang tidak mengetahuinya...sebar-sebarkanlah..selamatkan wanita Islam..Allah..Allah..Allah, Lindungilah kami..

“Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka meghentak kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.” (An-Nur:31).

Produk Makanan Dari Khinzir


 Betapa banyaknya produk boleh dihasilkan dari khinzir ini. Berhati-hatilah. Klik gambar untuk besarkan.


ALLAH tidak mencipta sesuatu andai tiada kegunaannya, bahkan kuman sekalipun.. terpulang pada umat manusia untuk memanfaatkan dengan sebaik-baiknya.Berhati-hati ketika membeli produk-produk dipasaran sekarang.. mencari yang halal itu wajib bagi umat islam... Sebarkanlah walau dengan satu ayat


Banyak bahan-bahan yang diperbuat dari babi. Hati-hati ketika membeli makanan dan minuman.
Antara bahan yang mengandungi bahan dari babi.


1- Ais Krim                            - mengandungi gelatin, sejenis protein
                                                  tidak lengkap diolah dari kulit, tendon
                                                 dan ligamen haiwan

2-Mentega rendah lemak    - mengandungi gelatin tekstur mentega

3-Jus buah                            - gelatin yang digunakan untuk menyerap
                                                 elemen berkeladak dan memberikan
                                                 air jus semakin jernih

4-Roti                                    - Protein dari rambut babi untuk
                                                 melembutkan doh

5-Kapsul gelatin                   - Mengekalkan bentul kapsul supaya
                                                 sentiasa keras. Biasa digunakan
                                                 dalam ubat kapsul

6-Insulin                                 - Diekstrak dari pankreas babi,
                                                 strukturnya hampir sama dengan
                                                 insulin manusia

7-Yogurt                                 - Sebahagian yogurt menggunakan
                                                  kalsium dari tulang babi

8-Ubat gigi                            - Gliserin dari lemak tulang digunakan
                                                  untuk mengekalkan tekstur ubat gigi

9-Energy bar                         - Kolagen yang dirawat adalah sumber
                                                  protein murah yang mudah didapati di
                                                  pasaran

10-Krim keju                          -Gelatin untuk mengekalkan tekstur

11-Gula-gula                          - Gelatin porselin digunakan sebagai
                                                   agen pengikat dan pengeras supaya
                                                   tekstur makanan tidak berubah seperti
                                                   dalam chewing gum, gula-gula getah

Tuesday, January 4, 2011

Harian Metro : Bahan pewarna boleh sebabkan kanser


MELAKA: Belacan dan cencaluk yang diproses dengan mencampurkan pewarna bukan makanan bagi memberi warna menarik seperti yang dihasilkan sebuah syarikat di Batu Berendam, dekat sini, kelmarin boleh menyebabkan pengguna mengalami pelbagai penyakit berkaitan kanser jika diambil secara berterusan.

Ini kerana belacan dan cencaluk yang dicampur dengan pewarna itu mengandungi Rhodamine B, sejenis bahan pewarna merah yang diharamkan kerajaan sejak lebih 30 tahun lalu kerana boleh menyebabkan kanser.
Bagaimanapun, larangan itu tidak diendahkan pengusaha di samping penguatkuasaan yang lemah menyebabkan penggunaan bahan itu masih aktif dalam penghasilan belacan dan cencaluk selain kuih Cina.

Perkara ini didedahkan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) baru-baru ini, menerusi kajian yang dilakukannya.

Menerusi ujian yang dilakukan terhadap beberapa sampel bahan makanan itu yang diambil dari Kuala Lumpur dan Pulau Pinang mendapati ia mengandungi Rhodamine B dalam lima sampel belacan dan lapan sampel kuih Cina seperti Mi Ku, Siew Koo dan Huat Kuih.
Sampel makanan itu diambil daripada makanan yang dibeli dari pasar di Kuala Lumpur sementara kuih Cina dibeli dari beberapa pasar di Pulau Pinang.

CAP mula mengesan kewujudan Rhodamine B dalam belacan pada 1973. Sejak itu, ujian selanjutnya yang dijalankan pada 1983, 1993, 1995, 1999, 2000, 2001, 2002 dan 2007 (Mei) mengesan pewarna berkenaan dalam belacan dan makanan lain.

Setiap kali CAP menemui pewarna itu dalam makanan, mereka akan menghantar surat kepada Kementerian Kesihatan untuk melakukan siasatan.

Bagaimanapun, keadaannya masih tidak menunjukkan kemajuan kerana hasil ujian yang dilakukan mendapati Rhodamine B masih digunakan dalam makanan walaupun ia diharamkan.

Seorang pakar pemakanan yang enggan namanya disiarkan berkata, Rhodamine B antara bahan penyebab kanser yang menghasilkan warna merah jambu. Ia tidak sepatutnya digunakan sebagai bahan pewarna untuk makanan.

“Biasanya bahan itu digunakan untuk mewarnakan barangan plastik dan tekstil,” katanya.

Di bawah Peraturan Makanan 1985, penggunaan Rhodamine B tidak dibenarkan dalam makanan. Sesiapa yang didapati bersalah boleh dikenakan denda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Rhodamine B juga tidak dibenarkan dalam makanan di bawah Ordinan Makanan dan Ubatan 1952.

Akhbar ini semalam melaporkan sebuah kilang memproses belacan terbesar di negeri ini dikesan menggunakan pewarna yang digunakan untuk mewarna pakaian bagi memastikan belacan dan cencaluk keluaran syarikatnya berwarna menarik.

Tindakan kilang itu yang beroperasi di Batu Berendam, dekat sini, menggunakan pewarna pakaian terbongkar selepas premis berkenaan diserbu dalam operasi bersepadu pihak berkuasa negeri, kelmarin.

Awas, Teh Sukat Punca Kanser! Apa Tindakan kepada Pengilang?

SEORANG anggota penguat kuasa menunjukkan bungkusan serbuk teh yang dirampas kerana menggunakan bahan pewarna terlarang dalam satu operasi di Kota Bharu tahun lalu.

KUALA LUMPUR - Orang ramai dinasihatkan supaya mengelak pengambilan berterusan air teh sukat yang banyak dijual di gerai-gerai teh tarik bagi mengelak risiko penyakit kanser.

Timbalan Dekan Fakulti Perubatan Universiti Malaya (UM), Prof. Mustafa Ali Mohd. berkata, bahan pewarna sintetik yang banyak dipakai dalam industri mewarna kain menjadi pilihan kerana kosnya lebih murah.

"Bahan pewarna ini mempunyai pelbagai jenis dan kumpulan. Salah satu daripadanya ialah karsinogen yang sangat berbahaya kerana ia tidak boleh dihadam dengan baik.

"Ia juga boleh mengganggu sistem DNA manusia sekali gus mendorong pertumbuhan pelbagai jenis barah dalam tisu hidup,'' katanya kepada Kosmo! ketika dihubungi semalam.

Antara jenis barah berpunca daripada karsinogen ialah barah paru-paru, hati, prostat dan usus.

Katanya, teh itu tidak mempunyai label dan dijual secara timbang di kebanyakan kedai runcit serta menjadi pilihan ramai pengusaha makanan dan minuman.

Mustafa berkata, serbuk teh murah itu jika dicampur dengan air panas serta-merta mengeluarkan warna kuning pekat.

"Tindak balas itu menandakan wujudnya bahan pewarna sintetik.

"Bagi serbuk teh asli tanpa bahan pewarna sintetik, ia akan mengambil masa yang lebih lama untuk mengeluarkan warna, malah ada jenis yang airnya kita perlu kacau sebelum keluar warna kekuningan," katanya.